Monday, September 27, 2010

Get set, GO!!

Mengusha blog orang lain memang sesuatu yang menjadi perkara yang aku suka lakukan. Kadang-kadang teringin juga untuk join sekaki berblogging. Tapi kekangan masa mengakibatkan aku tidak ada blog sampai sekarang.

Sampailah sekarang. Haaa kan aku dah ada blog. Tu laa siapa suruh korang tulis blog best sangat. Kan aku dah terpengaruh HAHA. Macam mana aku boleh terlibat dengan blog ni semua ? Ini semua gara-gara lepas aku usha blog member uia aku, Yazid bin Zakaria. Dia punya blog memang superb, so aku rasa aku pon patut ada blog sebab banyak benda pasal diri aku ni yang aku ingin kongsi. Maybe ada orang punya perception yang buat blog ni untuk laki yang jenis-jenis kentel, jambu dan ala-ala au gitu. Tapi ada aku KISAH ? Aku yang jenis mat rock kapak ni pon selamba je buat blog, so persetankan semua persepsi-persepsi khurafat itu semua.


First sekali, aku nak cerita pasal diri aku. Sebab korang dah bukak blog aku, mesti korang nak tahu serba sikit la kan pasal aku. Nama diberi, Fezal Haziq bin Ramli tapi jangan nak skema sangat la panggil nama panjang. Panggil Pejal aje sudah. Short, sweet and simple, macam orangnye gak hahaha. Kat sekolah dulu masa aku jadi junior, ada jugak senior bagi nickname kt aku, ANTI-BIOTIK. Nama diilhamkan dari Comic Utopia High ? Korang pernah baca ? Tapi aku bukannya kisah sangat senior panggil aku ikut watak tu, sebab walaupun aku ni mempunyai muka yang x berapa nak marketable, tapi zaman sekarang awek-awek semua pandang kt hati kot, bukannya paras rupa hehe. Tapi tu semua cerita dulu, aku pon x kisah orang nak panggil aku apa.
Yang tengah pegang batang berisi air nila tu la ANTI-BIOTIK :D

Sekarang ni aku tgh belajar kt Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (tempat ustaz-ustaz bai, walaupun aku ni xde la macam ustaz sangat) mengambil asasi dalam bidang undang-undang. So, doakan la kesejahteraan serta kejayaan aku belajar kat sini ea. Tu je la kot aku nak bagitahu, since ni first time aku post entry untuk blog aku, so idea x berapa nak banyak sangat la nak tulis. So semua, jangan malu jangan segan jom jadi followers blog aku. (ceh, promote lak kan) ;)