Tuesday, September 28, 2010

They thought I'd be nothing

Siapa expect yang budak macam aku ni dapat sambung belajar dekat uia ? Buat asasi lak tu, aku pon x pernah expect yang aku ni akan sambung belajar kt uia. Rata-rata dari cerita yang aku dengar dari budak-budak laen, memang ramai schoolmates aku dulu yang terkejut + x percaya yang aku dapat masuk uia melanjutkan pelajaran dalam bidang asasi undang-undang. Yelah, aku dulu kt sekolah camne, pandai pulak kan. Nak kata diri sendiri bodoh, x baek pulak. Aku ni dulu memang budak yang teramat-amat kurang la pandainya, so no wonder la kan kawan-kawan seperjuangan aku yang lain terkejut aku dapat masuk uia. Even ada jugak cerita yang aku dengar, cikgu-cikgu kt mrsm (sekolah menengah aku dulu) pon x percaya yang budak macam aku ni dapat masuk uia. Tapi, nak buat camne. Dah Allah bagi rezeki kat aku nak masuk uia, aku memang patut bersyukur la. ALHAMDULILLAH. Maybe, Allah nak tunjukkan jalan kt aku supaya aku berubah la kot. Dan, aku pon rasa yang dah sampai time nya kot aku berubah. Kalau x berubah secara drastik pon, secara slow-slow pon dikira perubahan gak kan. INSYA-ALLAH. Tak kisah la orang laen nak cakap ape, aku tekad yang aku nak buktikan kat sesiapa yang pernah pandang rendah kt aku, yang aku boleh berjaya kt sini and i hope that i will finish my studies here with flying colour. Pray for my success :D


Gateway to the Garden of Knowledge and Virtue

Monday, September 27, 2010

Get set, GO!!

Mengusha blog orang lain memang sesuatu yang menjadi perkara yang aku suka lakukan. Kadang-kadang teringin juga untuk join sekaki berblogging. Tapi kekangan masa mengakibatkan aku tidak ada blog sampai sekarang.

Sampailah sekarang. Haaa kan aku dah ada blog. Tu laa siapa suruh korang tulis blog best sangat. Kan aku dah terpengaruh HAHA. Macam mana aku boleh terlibat dengan blog ni semua ? Ini semua gara-gara lepas aku usha blog member uia aku, Yazid bin Zakaria. Dia punya blog memang superb, so aku rasa aku pon patut ada blog sebab banyak benda pasal diri aku ni yang aku ingin kongsi. Maybe ada orang punya perception yang buat blog ni untuk laki yang jenis-jenis kentel, jambu dan ala-ala au gitu. Tapi ada aku KISAH ? Aku yang jenis mat rock kapak ni pon selamba je buat blog, so persetankan semua persepsi-persepsi khurafat itu semua.


First sekali, aku nak cerita pasal diri aku. Sebab korang dah bukak blog aku, mesti korang nak tahu serba sikit la kan pasal aku. Nama diberi, Fezal Haziq bin Ramli tapi jangan nak skema sangat la panggil nama panjang. Panggil Pejal aje sudah. Short, sweet and simple, macam orangnye gak hahaha. Kat sekolah dulu masa aku jadi junior, ada jugak senior bagi nickname kt aku, ANTI-BIOTIK. Nama diilhamkan dari Comic Utopia High ? Korang pernah baca ? Tapi aku bukannya kisah sangat senior panggil aku ikut watak tu, sebab walaupun aku ni mempunyai muka yang x berapa nak marketable, tapi zaman sekarang awek-awek semua pandang kt hati kot, bukannya paras rupa hehe. Tapi tu semua cerita dulu, aku pon x kisah orang nak panggil aku apa.
Yang tengah pegang batang berisi air nila tu la ANTI-BIOTIK :D

Sekarang ni aku tgh belajar kt Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (tempat ustaz-ustaz bai, walaupun aku ni xde la macam ustaz sangat) mengambil asasi dalam bidang undang-undang. So, doakan la kesejahteraan serta kejayaan aku belajar kat sini ea. Tu je la kot aku nak bagitahu, since ni first time aku post entry untuk blog aku, so idea x berapa nak banyak sangat la nak tulis. So semua, jangan malu jangan segan jom jadi followers blog aku. (ceh, promote lak kan) ;)